Batu Pahat: SYARIKAT FAIZA SDN BHD (FAIZA) Terus Aktif Menunaikan Tanggungjawab Sosial Korporat di Malaysia.

Pengurus Sumber Manusia Syarikat Faiza Sdn Bhd, Cik Arina Abd Rahman (tengah) menyerahkan Cek Replika penajaan NILAM kepada Presiden SAJOHA VIKING, Zulhairi Ibrahim (kanan), disaksikan oleh Pengurus Kanan Pemasaran Syarikat Faiza Sdn Bhd, En Azhar Kasim.

Baru-baru ini FAIZA telah memeterai Perjanjian Persefahaman untuk terus menyokong aktiviti tanggungjawab sosial korporat yang diterajui oleh Kelab Ragbi Sajoha Viking (SAJOHA VIKING) bagi musim 2023. Ini adalah merupakan musim ke-2 FAIZA menjadi rakan strategik SAJOHA VIKING yang aktif dalam aktiviti sukan ragbi sosial.

Majlis simbolik pembaharuan Perjanjian Persefahaman ini telah pun berlangsung di Ibu Pejabat Syarikat Faiza Sdn Bhd pada 23 Mei 2023. FAIZA yang diwakili oleh Pengurus Sumber Manusia (Cik Arina Abd Rahman) dan Pengurus Kanan Pemasaran (En Azhar Kasim) telah menyerahkan Cek Replika penajaan NILAM kepada SAJOHA VIKING. Majlis dimeriahkan lagi dengan penyerahan jersi rasmi SAJOHA VIKING musim 2023 kepada FAIZA.   

Berita Semasa SAJOHA VIKING

Leave a Reply