Iskandar Puteri: DE AURORA TRADING SDN BHD (Kedai Emas De Aurora) Penaja Utama Sajoha Viking

Pengerusi KEDAI EMAS DE AURORA, En. Lokman Md Hani (kiri) dan En. Muhammad Taariq Lokman, Pengarah Urusan (kanan) menyerahkan Cek Replika penajaan BERLIAN (penaja utama) kepada Presiden SAJOHA VIKING, Zulhairi Ibrahim (tengah).

Pada tanggal 24 Mei 2023, Syarikat De Aurora Trading Sdn Bhd (KEDAI EMAS DE AURORA) telah menyerahkan Cek Replika penajaan BERLIAN kepada Kelab Ragbi Sajoha Viking (SAJOHA VIKING), sebagai simbol Perjanjian Persefahaman rakan strategik musim 2023. Majlis ini amat bermakna bagi KEDAI EMAS DE AURORA dan SAJOHA VIKING kerana ini adalah merupakan kerjasama musim ke-2 di antara kedua-dua entiti.

Majlis ini menjadi simbolik bermakna kerana ia bukan sahaja berlangsung di cawangan KEDAI EMAS DE AURORA yang terkini (Gelang Patah, Iskandar Puteri), bahkan juga adalah untuk meraikan KEDAI EMAS DE AURORA selaku penaja utama SAJOHA VIKING bagi musim 2023.

Presiden SAJOHA VIKING, Encik Zulhairi Ibrahim optimis Perjanjian Persefahaman rakan strategik ini bukan sekadar menyemarakkan penglibatan bersama kedua-dua entiti dalam aktiviti tanggungjawab sosial korporat, bahkan ia turut dilihat berupaya meningkatkan prestasi SAJOHA VIKING, seterusnya membantu melonjakkan nama KEDAI EMAS DE AURORA selaku peneraju jualan Barang Kemas dan Aksesori terunggul di selatan Semenanjung Malaysia.

Berita Semasa SAJOHA VIKING

Leave a Reply