PUTRAJAYA: 23 Jun 2023 TWO Q ALLIANCE Peneraju Digitalisasi Kelab Ragbi Sajoha Viking

Pengarah Urusan Two Q Alliance Sdn Bhd, En. Edy Zairani Zakaria (kiri) menyerahkan Cek Replika penajaan DELIMA kepada Presiden SAJOHA VIKING, Zulhairi Ibrahim (kanan).

Pada tanggal 23 Jun 2023, syarikat pemaju perisian dan solusi Teknologi Maklumat, Two Q Alliance Sdn Bhd (TWO Q ALLIANCE) telah menyerahkan Cek Replika penajaan DELIMA kepada Kelab Ragbi Sajoha Viking (SAJOHA VIKING), sebagai simbolik Perjanjian Persefahaman rakan strategik musim 2023.

Majlis ini amat penting dan bermakna kerana ia bukan sahaja untuk meraikan kerjasama sulong antara ke dua-dua entiti, malah ia berlangsung di pejabat operasi baru TWO Q ALLIANCE di Connection Commercial, Persiaran IRC3, IOI Resort City, Putrajaya. Selaku penaja DELIMA merangkap Rakan Teknologi Maklumat kepada SAJOHA VIKING, TWO Q ALLAINCE akan menerajui misi SAJOHA VIKING untuk memaksimumkan penggunaan teknologi digital dalam semua aktiviti kelab.

Pengarah Urusan TWO Q ALLIANCE, En. Edy Zairani optimis persefahaman ini bukan sekadar menyemarakkan penglibatan bersama kedua-dua entiti dalam aktiviti tanggungjawab sosial korporat, bahkan ia turut dilihat berupaya menjadi pemangkin semangat kepada kelab-kelab sukan dan rekreasi tempatan untuk mengambil inisiatif mendigitalisasikan pengurusan kelab.

TWO Q ALLIANCE juga amat menggalakkan para peminat sukan yang terlibat dalam pengurusan mana-mana entiti agar dapat memanfaatkan solusi Sistem Pengurusan Sumber Manusia (HUMANTASTIC) yang ditawarkan secara percuma sehingga 31 Disember 2023.

Berita semasa SAJOHA VIKING

Leave a Reply