You are currently viewing Sajoha Viking: Tawaran Takaful GPA SVRC

Sajoha Viking: Tawaran Takaful GPA SVRC

Ahli kelab yang dihormati,

Buat julung kalinya, Kelab Ragbi Sajoha Viking ingin menawarkan Skim takaful kemalangan peribadi dengan manfaat perlindungan sehingga RM40,000 (tertakluk kepada terma dan syarat).

Tawaran Takaful GPA ini adalah khas buat semua ahli kelab Sajoha Viking yang berdaftar, yang mana ahli akan menerima faedah seperti yang tertera di poster sekiranya berlaku apa-apa keadaan yang tidak di ingini (tertakluk kepada terma dan syarat) dengan sumbangan hanya RM60.00 setahun.

Sebagai tanda penghargaan daripada pihak kelab kepada semua ahli kelab berdaftar, pihak kelab akan menanggung sejumlah RM25.00 bagi setiap ahli yang berminat menerusi program subsidi Takaful GPA kelab. Dengan itu, ahli kelab hanya perlu membayar sebanyak RM35.00 sahaja bagi tempoh setahun yang mana bakinya akan di tanggung oleh kelab seperti yang dinyatakan di atas bagi tempoh 1 tahun.

Sekiranya anda berminat untuk menyertai program ini, sila berikan nama penuh seperti dalam kad pengenalan dan nombor kad pengenalan anda kepada Setiausaha kelab:

En. Faisal Md Bahari

+60136753010

Bayaran hanya perlu dibuat antara 10 – 15 Mac 2022 ke akaun SVRC:

Kelab Ragbi Sajoha Viking

8006856785

CIMB Berhad

Remarks: Takaful GPA

Program Takaful GPA – Sajoha Viking ini juga terbuka TANPA SUBSIDI kepada pasangan ahli kelab.

Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh berhubung terus dengan Setiausaha kelab seperti penama diatas.

Terima kasih

Leave a Reply