Bandaraya Shah Alam: 11 Jun 2023
 Larian Jubli Emas SMJS Sempena SHAH ALAM HARI TANPA KENDERAAN

“Flag off” Larian Jubli Emas SMSJ sempena Shah Alam Hari Tanpa Kenderaan. Dari kiri:  En. Papparaidu @ Raidu a/l Veraman (Ketua Ahli Majlis MBSA), Ir. Haji Cheremi Hj Tarman (Timbalan Datuk Bandar MBSA), Hj Azahari Baharom (Presiden SAJOHA), Elina Nadia Omar (Ketua Pengarah Eksekutif Kumpulan Avisena), Pn Unaizah Mohd Attas (Pengetua SMSJ) dan Zulhairi Ibrahim (Presiden SAJOHA VIKING).

Pada tanggal 11 Jun 2023, telah berlangsung Larian Jubli Emas SMSJ sempena Shah Alam Hari Tanpa Kenderaan. Program ini telah dianjurkan bersama oleh Kelab Ragbi Sajoha Viking (SAJOHA VIKING) dan Persatuan Alumni Sek. Men. Sain Johor (SAJOHA) dengan kerjasama Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dan Sek. Men. Sains Johor (SMSJ).  

Ini adalah merupakan program ke-2 di musim 2023, SAJOHA VIKING bersama para rakan strategik kelab, menunaikan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) mereka dalam mempromosikan gaya hidup sihat dan sukan pelancongan kepada masyarakat. Program pertama adalah Karnival “Rugby 4 Ladies” yang telah berlangsung di PONTIAN pada 12 Mac 2023.

Seramai 304 peserta telah mendaftar penyertaan larian ini di samping penyertaan 13 wakil guru dan kakitangan SMSJ. Kami merakamkan ucapan syabas dan tahniah kepada semua peserta Larian Jubli Emas SMSJ. ANDA SEMUA ADALAH JUARA!

Turut dinobatkan sebagai JUARA adalah rakan korporat dan orang perseorangan yang telah bersama menjayakan program ini. “Sekalung penghargaan dan terima kasih atas kerjasama menjayakan LARIAN JUBLI EMAS SMSJ” dihadiahkan kepada :-

PERSATUAN ALUMNI SEK. MEN. SAINS JOHOR

MAJLIS BANDARAYA SHAH ALAM

SEKOLAH MENENGAH SAINS JOHOR

TWO Q ALLIANCE

ENERTRA

KEDAI EMAS DE AURORA

SYARIKAT FAIZA

KOSARIS

SWEETSBOX

NOBLE RESORT HOTEL MELAKA

PANTAI HOSPITAL MELAKA

DATUK DR MOHD SHAH MAHMOOD

DATO’ MD ZIN HJ HASSAN

DATIN DR SALBIAH HJ NAWI

NESTLE MILO

F&N 100PLUS

KUMPULAN AVISENA

_____________________

Gambar Sekitar Acara Larian Jubli Emas SMSJ sempena Shah Alam Hari Tanpa Kenderaan. Tahniah sekali lagi diucapkan kepada Kelab Ragbi Sajoha Viking (SAJOHA VIKING) dan Persatuan Alumni Sek. Men. Sain Johor (SAJOHA) dengan kerjasama Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dan Sek. Men. Sains Johor (SMSJ) kerana berjaya menganjurkan acara seumpamanya. Tahniah !

Dr Rosli Kolob ( Topi Keledar Kuning ) mengapalai Kontijen Berbasikal.

 

Semangat Sangat JUARA!!!

Terima kasih ZUMBA LEADERS ! Tanpamu kami kejang !

I don’t run to add days to my life, I ran to add life to my days. Teruss semangat Para Pencinta Gaya Hidup Sihat !

Remaja purba bertemu kembali..

Antara peserta yang bertuah. Keluarga Bahagia En Sufian & Nor Asrin.

Terima kasih Wakil Guru & Kakitangan SMSJ yang diketuai oleh Pengetua Pn. Unaizah Mohd Attas (memegang cenderahati di tengah).

Gandingan mantap para pengacara memeriahkan lagi suasana.

The Flash Muhammad Hatta ! Kelihatan Bersemangat, Ceria, Bergaya, Mutu, Keunggulan ! juga menjadi peserta PERTAMA mendaftar penyertaan Larian Jubli Emas SMSJ. Syabass diucapkan.

 

Berita Semasa SAJOHA VIKING

Leave a Reply